THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

Tuesday, July 27, 2010

AKU LELAKI EGOIS

cite ni jumpe kt satu website..
tp mcm menarik sgt...
susah lelaki nk sedar yg mereka egois..
so sume ptot bace cte ni..
especially guys...

>cerita nih panjanggg sgt,tapi bole jadi iktibar

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Monday, July 19, 2010

PeRaNgAi LeLaKi BeFoRe N aFteR KaWiN..

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la....

Thursday, July 15, 2010

GurLs CoMpLicaTeD but GuYs WeiRd...

guys slalu ckp gurls complicated...
but guys is weird..

guys ade 1 sikap di mane sblom dpt, klu mereka bercakap, mcm menanam tebu di pinggir bibir...
bile dh dpt, hampeh........

d awl perkenalan, mereka bg madu...
di pertengahan mereka bg racun...
di penghujung, mereka bg madu tp bkn madu lebah tp mereka bwk blk 'madu' utk isteri mereka...
pelik kn?

same jgak ngn di awl proses ngorat..
mereka sggup wt ape saje utk buktikn cinta mereka kononnye...
bile dh dpt gal yg diorg nk tu jd awek diorg, hlg trus pengorbanan diorg tu..
silap hb, gal tu plak yg kena byk berkorban utk dat guy..
pelik kn?

lelaki ni mcm lalang...
mudah ditiup angin..
kesana kemari...
nmpk awek yg cun ckit, trus cmpak awek lame yg die rase krg cntik...
tp 1 la..
diorg tu kurang cerdik sbnrnye...
xtau pilih antara kaca n permata..
bile dhterkena, mula menuduh ppuan ni sume jahat la, xleh cye la..
tp die lpe...
klu die xpenah wt cmtu kt ppuan, die xkn trime nasib cmtu..
what u give, u get back...
tu hukum karma...
same jgak ngn klu kite wt jahat kt dunia ni..
Tuhan bayar cash..
tgk mcm iklan kt tv..
ade sorg guy ni meragut hndbag 1 gal..
lps tu mak die plak kena ragut n kena lggar...
itu yg menunjukkn 'what u give, u get back..'
u deserve it...

so, guys or gurls, think twice, triple or as much as u need b4 doing sumtin..
sumtime we didn't know wut we'll get in da future...
if org wt baik ngn kita, try utk repay more than wut they give...
but if org wt jahat ngn kita, don't wt pape yg buruk..
it is enough by saying 'Alhamdulillah'
if we do da same as wut they do, it's mean dat kite pon same je cm diorg...
so kita biar Tuhan yg balas...
it'll be much more better if we pray for them to get 'taufiq n hidayah'...

in times of difficulties, don't ever say 'God i have a big problem'
but instead
'hey problem, i have a big God..'
n everything will be alright...
God bless u n all of us...

Wednesday, July 14, 2010

FiZiKaL PeReMpUaN....

fizikal perempuan selalunya dikatakan kecil n lemah...
ppuan xseharusnya terus mengakui ape yg mereka katakan itu...
sbnarnya byk kelebihan bg perempuan dr segi fizikal cmtu....
fizikal yg kecil tu besar kelebihannya...

fizikal ppuan kebiasaannya kecil dr lelaki..
supaya lelaki boleh melindungi kaum ppuan...
supaya lelaki boleh mendakap ppuan..
n supaya lelaki boleh dukung ppuan...

untungkn ppuan?
dh besar pon still boleh didukung..
lelaki xleh...
klu lelaki dukung lelaki, org kata songsang...
klu ppuan dukung lelaki, terbalik plak..
nnt org kata lelaki tu ngade + lembik....
tp klu ppuan mntk didukung, tandanya manja...
hihihihi....

so sape ckp fizikal ppuan yg kecil tu xde kelebihan?

Tuesday, July 13, 2010

AiR MaTa... KeKuaTaN or KeLeMaHaN....???

hi gurls n boys...
cmne hr ni?
tgh hr ni i ingt nk story-mory ckit psl air mata...

org lelaki slalu ckp ppuan ni 'cengengeng' la, 'cemeng' la, n lelain yg diorg gelar kt ppuan bile tgk ppuan menangis..
tp ade jgak yg jd cair n lemah bile tgk ppuan menangis or mengalirkn air mata kn?
tp sbnrnye ade yg lelaki xtau psl air mata ppuan...

air mata ppuan ni merupakan senjata n kekuatan bg ppuan tp kelemahan bg lelaki..
nk tau nape i ckp cmtu?
check dis out ok...

sepasang couple klu b'gaduh disebabkan salah pihak lelaki...
ppuan apabila menangis akan membuatkn lelaki rasa bersalah sgt...
lelaki t'sebut akn meminta maaf kerana membuatkn ppuan t'sebut sedih n menangis...
lelaki tu juga akn lbh care psl perasaan ppuan tu (tu pon klu lelaki tu btol sygkn ppuan tu la..)
org pon akan ckp lelaki tu kejam sbb mendera perasaan ppuan yg ikhlas sygkn die..
blame will be put on guys...

sepasang couple klu bergaduh sbb salah ppuan....
lelaki akan marah ppuan tu n ppuan tu akn menangis..
lelaki tu pon akn jd serba xkena sbb klu org lain nmpk ppuan tu menangis, org akn ckp die tu lelaki dayus sbb memarahi ppuan tu dgn teruk smpai menangis..
org akn ckp gne la kaedah yg lembut utk menegur kesalahan....
blame will be put on guys...

cbe bayangkan sepasang kekasih bergaduh n lelaki yg menangis..
org akn ckp..
'lembik r lelaki tu.. gaduh ngn awek je nangis... ape daa....'
xpon org akan ckp..
'bodoh r lelaki tu nk nangis sbb gaduh ngn awek... xjantan r nangis psl awek ni..'
blame will be put on guys...

apabila seorang ppuan menangis disebabkn xmampu nk wt sesuatu kerja...
org for sure akn kata 'kesian ppuan tu... sape la sggup buli dgn bg ppuan tu byk sgt keje...'
klu lelaki gentleman psti akn ckp, 'biar sy tlg awk wt keje tu... jgn nangis ye...'
sesiapa pon akn simpati...

apabila seorg lelaki menangis sbb xmampu wt kerja yg diamanahkn...
org akn ckp..
'apsal lembik sgt ni? bru suh wt keje ckit dh nk nangis..  mcm ppuan je... cbe la jd jantan sejati... dh namenye lelaki mmg la byk tanggungjawab..'


tu antara beberapa situasi yg berkaitan ngn air mata...
so cmne?
btol x air mata merupakan kekuatan bg perempuan tp kelemahan bg lelaki...
lelaki klu tgk ppuan menangis akn jd lemah n lelaki klu menangis org akan kata lelaki tu lemah...
pi mai pi mai tang tu jgak...
air mata apabila dikaitkn ngn lelaki akn menjadi kelemahan lelaki...
so sape ckp ppuan bodoh?
ppuan sbnrnye bijak kerana tau m'gunakn senjata mereka....
siapa yg bijak or siapa yg kurang bijak sebenarnya...???

renung-renungkan, fikir-fikirkan.......

PeReMpUaN LeMaH ke LeLaKi KuRaNg BiJaK...????

girls...
org slalu ckp perempuan lemah kn?
dan yg slalu ckp cmtu adlh lelaki...
well..
ade sesetengah situasi mgkin btol tp bkn semua ppuan lemah n bkn setiap masa mereka lemah...
ppuan sbnrnye ade kekuatan yg luar biasa...
jauh lebih kuat dr lelaki...

ppuan mmg bole bersikap lemah tp bg sesetengah situasi je...
contohnye,
ppuan klu rase mcm xnk angkt brg berat, boleh m'gunakn kelemahan tu...
gne je ayat cmni....

'abg, berat la beg ni.. sakit tgn nk angkt... abg tlg angkat bole....??? '

wt ayat tu ngn muka kesian + nada manja ckit...

mesti boyfie, kwn lelaki, suami, atau whoever yg bergelar lelaki akan kesian n tlg angkt brg yg berat tu n kita sbgai ppuan bole berlenggang...
hihihihi...
btol x?
so ppuan ni lemah ke???

ppuan sbnrnye bkn lemah tp mereka gunakan kebijaksanaan mereka di tempat n situasi yg btol tanpa disedari oleh lelaki...
so lelaki jgn la t'lalu cpt m'buat konklusi yg ppuan ni lemah ye....

renungkanlah wahai kaum adam sblom kamu menjatuhkn hukum yg perempuan ni lemah....

p/s: cbe bayangkn klu lelaki yg ckp cmtu....
      mesti ramai yg muntah hijau kn?
      hihihihi....

PeReMpUaN LeMaH…???

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


td i duk dgr mp3 kesayangan i ni..



tetibe i dgr lgu hey ladies ni…
i jd mcm berkenan dengan lirik lgu ni…
terutama part yg i bold kn tu….
i rase perempuan skrg dh semakin pandai berfikir dlm perhubungan…
tp x dinafikn yg masih ramai lg yg ‘belum pandai’ berfikir…
i rase perempuan or ladies zaman sekarang kena kuat n bijak mcm lirik lgu ni…
mmg xsemua lelaki jahat tapi kite still kena berhati-hati..
terutama dalam zaman cyber ni…
skrg ramai org berkenalan melalui teknologi mcm chatting n website…
tp kite kena ingt, xsemua org jujur dlm alam maya….
ramai yg hanya berpura-pura menjadi diri org lain…
so xkira la lelaki or perempuan, jgn terlalu mudah mempercayai sesiapa yg kita tidak kenali…
last but not least, be carefull where eva u go…
take care…
mmmuuaahhxxxxxx……..